APABILA SERAT OTOT BERSIMPUL, SATU KERJA PUN TAK BOLEH FOKUS
Siapa dalam kalangan kita sering merasa sakit, pegal-pegal badan dan bila ada seseorang tolong pijat/ urut ringan badan kita, macam ada rasa keras berbiji di sesetengah bahagian otot badan? Kalau ada berasa macam tu, muscle knot lerr tu, Otot yang terdiri daripada simpulan serat tisu, memerlukan gula dan udara (orang kampung bilang, oksigen) untuk melepaskan tenaga, supaya ia boleh bekerja; mengecut atau mengembang. Apabila proses ini berlaku, ada asid laktik yang terhasil sebagai by-product atau sisa kumuhan badan dan di proses di hati untuk dinyahkan daripada badan. Bahan ini akan disingkirkan dalam pelbagai bentuk kumuhan termasuk perpeluhan. Jika proses ini tidak berlaku dengan baik, disertai dengan kekurangan blood supply di kawasan anggota terlibat, asid laktik ini akan menyebabkan serat otot mengencang, atau bahasa mudah muscle mengalami 'hiper contracted fibre', Dalam sesetengah kes, berlaku keadaan keradangan/ kerengsaan pada saraf dan yang