Pakej terapi murah-berbaloi-puas hati

BEKAM

Admin dah rasa 3 kali berbekam, memandangkan admin jenis takut jarum, sepanjang dibekam admin akan gigit tuala, supaya jeritan kurang mengganggu. Pengalaman admin, bekam ni tak sakit. Hanya pedih sikit2 macam dicubit2 manja atau digigit semut saja.

Pusat terapi kami memfokuskan bekam basah sebagai kaedah bekaman yang kami perkenalkan kepada pelanggan kami. Proses bekaman inu dimulakan dengan bekam angin atau kering sebagai cara untuk memberi sedikit kesan kebas pada poin bekam yang dikenakan pada permukaan kulit. Poin di permukaan kulit ini akan ditusuk dengan jarum yang disteril kemudian, penyedutan menggunakan cawan bekam dan pam vacum manual akan dilakukan sebanyak 2 tarikan sedutan menggunakan vakum manual. Darah kotor atau istilah lainnya, causative pathological substance akan disedut keluar daripada luka yang dibuat oleh jarum bekaman tadi. Masa sedutan hanya 3 hingga 5 minit, bagi yang lelaki dan lebih kurang 3 minit bagi yang perempuan. Kitaran tusukan setiap poin hanya dua kali.

Proses bekaman yang kami lakukan hanya ingin memaksimakan proses pengeluaran darah kotor daripada permukaan kulit epidermis, bukan kerana mengeluarkan seberapa banyak darah dari badan pelanggan.

URUTAN

Urutan yang betul samada menyakitkan atau tak, semestinya memberi kebaikan kepada yang diurut. Urutan perlembutan yang dilakukan di D'Sakinah, untuk melancarkan peredaran darah di samping mengurangan ketegangan otot apatah lagi bila pelanggan memerlukan pembetulan tulang belakang dan pinggul.

Kalau urutan itu menyakitkan, walau disentuh sikit... diurut sapu2 maknanya muscle spasm lah tu.. tegang sangat otot tu. Biasa kes tegang2 otot ni berlaku pada golongan yang bekerja berdiri lama, atau duduk lama menghadap komputer. Kekadang disertai dengan rasa mencucuk di tumit kaki, rasa urat kaki macam ditarik tarik, mengencang katakan...

Sebab itu, bila sesi mengurut, admin akan galakan terapis berbual dengan pelanggan...dan pelanggan tak memendam rasa sakit kalau terapis tetiba tertekan kuat ke, atau tak de rasa sangat ke...

Jadi sesi urutan badan, urutan perlembutan di D'Sakinah ni lebih memfokuskan utk rawat kecederaan otot yang ringan, ketegangan otot, lemah otot, sakit sengal lenguh kebas... selalunya pelanggan tak ada masa untuk terlelap. Tapi ada juga kes, mereka terlelap sebab syok sangat. Sudah diurut sakit, tiba2 diaduk dengan urutan yang merelaxkan... perghhh sayup2 jak suara terapis tu, then... zzzzzz...

So, pelanggan kami blh memilih jenis urutan yang bagaimana mereka mahu. Nak yang relax2 sampai tertidur, nak diuli sampai lembut, atau apa2?

Pilihan di tangan pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

HIMPUNAN TESTIMONI SET DETOX DR MOHD ROSNI [DETOX DDR] DARIPADA STOKIS & TEAM DDR

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)