TESTIMONI DAN RESDUNG (RESAH HIDUNG)

MASALAH RESDUNG/SINUSITIS

PERHATIAN!! RAWATAN/ TERAPI RESDUNG INI MEMBATALKAN PUASA (BAGI ORANG ISLAM YANG BERPUASA)
Resdung atau sinusitis adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat alahan dan keradangan (inflamasi) yang berlaku pada rongga-rongga sinus di muka. 

Keradangan yang berlaku telah menyebabkan "mucus stagnant" iaitu segala lendir/hingus yg berfungsi mencuci dan menstabilkan tekanan dalaman hidung dan rongga sinus TERPERANGKAP dalam rongga sinus dan TIDAK DAPAT DIKELUARKAN sebagai hingus melalui hidung.




Fenomena "mucus stagnant" inilah menyebabkan simptom-simptom RESDUNG yang dirasai atau dideritai oleh pasien.

Kenali Kitaran Resdung: Mengapa Ia Perlu Dirawat Segera?


Tahukah anda, resdung bukan sekadar masalah biasa? Ia bermula dengan "Sinusitis Trigger" – pencetus utama seperti debu, alahan, atau jangkitan kuman. Bila ini berlaku, ia menyebabkan pembengkakan dalam saluran sinus.

πŸ‘‰ Kesan Pembengkakan:
Pembengkakan ini membuatkan saluran sinus tersumbat, menghalang lendir untuk mengalir keluar dengan baik. Inilah fasa pertama yang dipanggil "Blocked Drainage".

πŸ‘‰ Apabila Tersumbat:
Lendir yang terkumpul akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Hasilnya, berlaku "Stagnation and Infection" yang menyebabkan jangkitan. Anda mula merasai gejala seperti:

Hidung tersumbat atau berair,

Sakit di bahagian muka,

Sakit kepala, dan

Nafas berbau.

πŸ‘‰ Kitaran Berulang:
Tanpa rawatan, jangkitan ini akan terus berulang, menjadikan masalah resdung lebih kronik. Kitaran bengkak – tersumbat – jangkitan ini akan berterusan sehingga diatasi dengan cara yang betul.

Jangan Biarkan Resdung Anda Berlarutan!


Dapatkan rawatan awal untuk mengurangkan risiko komplikasi. Di Dsakinah Holistic Therapy Center, kami menawarkan terapi resdung yang lembut tetapi berkesan untuk membantu membersihkan saluran sinus anda. Mari putuskan kitaran resdung hari ini dan rasai perbezaannya!


 Penyakit resdung dideritai oleh ramai manusia seluruh dunia. Kalau di Malaysia, setiap 10 orang yang ditemubual, 6 atau 7 orang akan didapati menghidapi resdung. Resdung yang dihidapi boleh jadi resdung ringan (peringkat awal) atau sudah tahap resdung kronik (lama dan sudah teruk).

RESDUNG: Masalah Kecil yang Boleh Jadi Bahaya Jika Tidak Dirawat!

Anda sering mengalami hidung tersumbat, gatal, atau bersin tanpa henti? Sukar bernafas atau selalu rasa sakit pada muka dan kepala? Hati-hati, tanda-tanda ini mungkin berpunca daripada resdung (sinusitis)!

Apa itu Resdung?
Resdung terjadi apabila rongga sinus anda mengalami jangkitan akibat lendir yang tersumbat. Masalah ini boleh mencetuskan:
❌ Sakit kepala berpanjangan
❌ Hidung berair atau kering
❌ Bau mulut yang kurang menyenangkan
❌ Kulit muka berjerawat dan kusam

Kitaran Resdung yang Merisaukan:
πŸ‘‰ Bermula dengan bengkak pada rongga sinus akibat alergi atau jangkitan.
πŸ‘‰ Saluran tersumbat menyebabkan lendir tidak keluar dengan baik.
πŸ‘‰ Akhirnya, terjadi jangkitan bakteria yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh memberi kesan jangka panjang, termasuk jangkitan pada mata dan otak. Serius, bukan?

Berita Baik untuk Anda!
Di Dsakinah Holistic Therapy Center, kami menawarkan rawatan khas untuk membantu anda mengatasi resdung secara semula jadi:
βœ”οΈ Rawatan sinus untuk melegakan hidung tersumbat dan membuang lendir berlebihan.
βœ”οΈ Terapi bekam untuk membantu aliran darah lebih lancar.
βœ”οΈ Konsultasi profesional untuk memahami punca masalah anda.

Sayangi diri anda. Jangan biarkan resdung mengganggu hidup anda! Hubungi kami hari ini untuk sesi konsultasi awal. Kesihatan anda adalah keutamaan kami!

https://wa.me/60199388438

#terapiresdungkotakinabalu #rawatanresdungtanpaasap #resdungtreatment #rawatresdung #resdung

Simptom-simptom RESDUNG/SINUSITIS antaranya:

● Sering gatal gatal di muka, mata dan hidung sepertinya ada hama atau makhluk hidup yang merayap-rayap

● Sering bersin-bersin terutamanya di awal pagi selepas mandi dan di sebelah malam sebelum atau semasa tidur

● Mata selalu merah, gatal dan berair

● Hidung selalu tersumbat, sukar bernafas dan ada ketulan atau polip yang tumbuh atau menyumbat dalam hidung

● Sering sakit-sakit kepala melibatkan bahagian dahi

● Hidung terlalu sensitif dan akan bersin-bersin bila persekitaran ada habuk, asap, bulu kucing, bulu burung dan bauan semburan kimia tertentu (perfum etc.)

● Nafas berbau busuk (seperti bangkai) dan bila bersin akan menyebabkan bau busuk yang dikesan makin kuat dan keras

● Hidung selalu berair dan berhingus sepertinya menghidapi selesema yang berpanjangan
sesetengah kes, mata berair dan banyak tai mata keluar.

Resdung kalau selalu dirawat dan diterapi akan boleh menyembuhkannya atau boleh dielakkannya menjadi semakin teruk (kronik). 

Resdung yang terlampau teruk boleh terdedah kepada jangkitan kuman dan KEMATIAN akibat jangkitan OTAK. Resdung yang dibiarkan TIDAK DIRAWAT juga boleh menjadi punca kepada KANSER HIDUNG/KANSER RONGGA SINUS (hidung rompong).

Kalau rawatan moden di hospital, pasien akan diberikan ubat spray hidung (anti-tersumbat), dan pelbagai ubatan anti alahan dan keradangan. 

Kalau terlampau teruk, pembedahan dan pencucian rongga sinus dan hidung akan dilakukan oleh pakar ENT dan/atau pakar surgeri. Pencucian rongga hidung melalui kaedah "nasal irrigation" juga adalah salah satu pilihan.

KAEDAH INOVASI BIOHERBA dRResd

*GAMBAR INI DIAMBIL SEBELUM ADANYA WABAK KOBIK

Kalau melalui kaedah rawatan secara perubatan Naturopati TCM, kaedah inovasi bioherba dRResd yang terdiri daripada 8 langkah setiap sesi rawatan (8 in 1) akan dilakukan. 

Setakat ini, kaedah dRResd didapati amat BERKESAN dalam merawat hingga PULIH masalah resdung termasuk mencegahnya daripada berulang. KEBIASAAN TERAPI SINUS INI MEMAKAN MASA 30 MINIT HINGGA 45 MINIT. 

Gabungan rawatan, kapsul herba dRResd dan ubatan homeopati (Kalibic dRResd) didapati AMAT MUJARAB. Rawatan dan terapi beserta ubatan diambil sekali sebulan selama 3 bulan (minimum) telah didapati boleh membantu memulihkan masalah resdung/sinusitis hingga ke tahap 60 atau 70%. 

Biasanya kalau pasien BERHENTI daripada menjalani terapi dRResd selepas amalkan berterusan selama 3 bulan, tahap keterukan resdung yg masih ada pada dirinya cuma tidak lebih daripada 30%. Ini sudah dikira PULIH dan TERKAWAL. 

Pasien sudah boleh bernafas dengan SELESA, tiada gatal gatal hidung, mata dan telinga dan tiada lagi nafas berbau. Sakit kepala dan bersin bersin teruk di awal pagi dan malam pun akan hilang. In sha Allah.


PEMERIKSAAN SINUS BIOHERBA

Tertib pemeriksaan tahap sensitiviti resdung dengan menggunakan serbuk bioherba daripada extract tumbuh-tumbuhan dan herba, dan kaedah ini selamat untuk semua orang yang mempunyai alahan. 

Kaedah alergen shot ini adalah untuk mengenalpasti jenis resdung pesakit samada basah atau kering. Alergen shot = rongga sinus mendapat reaksi alahan apabila sedikit kuantiti serbuk resdung disedut dalam lubang hidung dengan menarik nafas dengan pantas. reaksi ini ditunjukkan dengan keadaan bersin dan hidung mula berair, dalam masa 3-5 minit. 

Resdung basah = Hidung penghidap akan mula berair dan mudah menghembuskan hingus. 

Resdung kering = Penghidap akan bersin-bersin, mata merah, tetapi hingus tidak akan mengalir mudah. Boleh jadi sinus sudah bengkak atau tersumbat.

 Boleh datang semula selepas dua minggu. Jangan lupa claim nasihat pemakanan yang betul dari terapis anda. Kenal hidung, resdung mudah dikawal bermula dari rumah.

*Jika penghidap adalah kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, ahli keluarga penghidap disarankan untuk berada bersama anak-anak yang menerima terapi di ruang rawatan untuk mengelakkan kanak-kanak panik, disarankan untuk berterus terang dengan anak tentang masalah resdung dan kesan buruk jika dibiarkan tanpa rawatan. 

BIO-STEAM
Teknik ini sangat penting untuk keselesaan penghidap sepanjang rawatan. Steam yang terhasil daripada alat steamer adalah campuran air hangat yang sudah disterilkan dan dicampur dengan balm resdung bioherba. Wap yang lembab dan panas akan bantu lembabkan rongga sinus dan kembangkan rongga sinus. 

ia juga mengurangkan kerengsaan atau keradangan, rasa kering pada rongga hidung kesan alergen shot semasa pemeriksaan awal. Lendir sinus yang mengeras di rongga sinus akan perlahan-lahan melembut dan mudah untuk dihembuskan keluar. 

Jadi jangan hairan kalau hingus laju saja keluar semasa terapi ini dijalankan. Jangan segan untuk minta tisu dari perawat.


*GAMBAR INI DIAMBIL SEBELUM ADANYA WABAK KOBIK


KAEDAH BIO-TRADI

Terapi ini bukan macam kaedah sample swap tekak atau rongga hidung. Teknik ini menggunakan putik kapas yang dibasahkan dengan cecair bioherba dan sedikit serbuk herba, dimasukkan ke dalam lubang hidung penghidap dengan teknik yang betul. 

(Perawat yang melakukan memang berpengalaman dan terlatih, dan penghidap resdung selalunya tidak akan merasa sakit ketika prosedur ini dilakukan. sakit, kalau rongga sinus dah bengkak, tersumbat atau ada kehadiran nasal polip). 

Tujuan biotradi ini untuk mengeluarkan lendir dengan sempurna dengan syarat penghidap kena bagi kerjasama dan responsif bila ditanya sang perawat. Kenalah tundukkan kepala dengan baik dalam bekas yang disediakan oleh perawat. 


Posisi yang betul ketika perawat nak masukkan putik kapas


*GAMBAR INI DIAMBIL SEBELUM ADANYA WABAK KOBIK


Kenalah tunduk dan selesakan posisi tubuh. Geli dengan lendir sinus, TUTUP MATA YE...


ANAK AKAN BAGI KERJASAMA DENGAN BAIK SEPANJANG PERAWATAN JIKA KITA BAGI DIA FAHAM APA KITA NAK BUAT KE DIA.

 PERCAYALAH. SUDAH RAMAI KANAK-KANAK YANG DATANG DAPATKAN RAWATAN RESDUNG DI DSAKINAH DAN BERPUAS HATI DENGAN TEKNIK YANG KAMI SEDIAKAN. 




*GAMBAR INI DIAMBIL SEBELUM ADANYA WABAK KOBIK


BUKTI TESTIMONI PENGAMALAN KAPSUL DRRESD





SEBELUM BALIK, PERAWAT AKAN CADANGKAN PRODUK BIOHERBA UNTUK KURANGKAN KERADANGAN SINUS ANDA. PILIHAN PRODUK BERGANTUNG KEPADA ANDA UNTUK PILIH DAN GUNA DENGAN BETUL. TIADA PAKSAAN.


KAPSUL RESDUNG RM 62.90/ 60 BIJI 
(SEMENTARA STOCK MASIH ADA)

KAPSUL RESDUNG RM 62.90/ 60 BIJI 


SABUN HERBA MAGIKA BAGI MEREKA YANG MEMILIKI RESDUNG DENGAN KESAN ALAHAN GATAL-GATAL MUKA DAN MUKA BERJERAWAT. PARUT JERAWAT PUN BOLEH PUDAR DENGAN SYARAT CUCI MUKA ANDA SETIAP PAGI MENGGUNAKAN SABUN INI DENGAN AIR SEJUK.



PENGHIDAP RESDUNG JUGA BOLEH MEMILIH UNTUK MENDAPATKAN PRODUK HOMEOPATI SINUS CURE RM 270 DENGAN BEBERAPA MANFAAT UTAMA IAITU;

πŸ‘‰KESAN PEMULIHAN BERTERUSAN DAN
πŸ‘‰MENGURANGKAN KERADANGAN DAN BENGKAKAN PADA RONGGA SINUS
 πŸ‘‰MEMBANTU MENGECUTKAN NASAL POLIP, DAN 
πŸ‘‰MERAWAT PUNCA RESDUNG KRONIK.
πŸ‘‰SESUAI UNTUK PENGGUNA HOMEOPATI YANG TIDAK MENGGUNAKAN DRUG BASED DALAM PERAWATAN HARIAN
πŸ‘‰ TIDAK MENGGUNAKAN HERBA DAN DRUG BASED SEBAGAI RAMUAN ASAS DAN TIADA SIDE EFFECT


SLIP PEMBAYARAN BOLEH SERAHKAN KEPADA SAYA UNTUK RUJUKAN- 

JIKA AWAK TEMPAH /ORDER DARI SAYA, AWAK WAJIB BERI BUKTI PEMBAYARAN + NAMA + ALAMAT LENGKAP DAN NO TELEFON kepada SAYA sejurus payment dibuat untuk tujuan pemprosesan dan pengeposan. 

Kami akan memproses dan mengepos paling lewat dalam tempoh 1 MINGGU dari tarikh pembayaran dibuat. Sila hubungan pihak kami jika TIADA tracking no diberikan dalam tempoh tersebut.

Terima kasih di atas kepercayaan Tuan/Puan ke atas perkhidmatan kami.



PENGGUNAAN KONSISTEN SELAMA 3-5 BULAN DIIKUTI SARANAN PEMAKANAN YANG DIBERIKAN OLEH PERUNDING UTAMA PERUBATAN NATUROPATI D'SAKINAH DIBANTU APPRENTICENYA, NUR AISYAH BATRISYA, MERANGKAP PENGURUS PUSAT TERAPI BERKENAAN.

JADI, DAH TAHU SERBA SEDIKIT BAGAIMANA TERAPI SINUS BIOHERBA DrRESD INI DILAKUKAN, 


JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BOOKING SLOT ANDA DI TALIAN 
019-9388438 (PENGURUS PREMIS)


Yang ini, Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun hingga dewasa... Hanya perlu kemam 5 biji setiap 5 kali sehari. Pastikan bertanya pada perawat D'Sakinah tentang cara guna dan pantang larang sepanjang pengambilan remedi ini. opss, ini tidak sedia BUAT MASA SEKARANG. Kena menempah awal untuk disediakan fresh oleh DR MOHD ROSNI KERANA IA ADALAH SEDIAAN HOMEONATUROPATI.

NOTA TAMBAHAN 

Bagi yang ada masalah resdung kronik + nasal polips; 

boleh ambil SET DETOX DDR untuk regulate balik deria penghiduan, terutama kejadian resdung yang kerap dan berpanjangan sehingga menimbulkan masalah secondary seperti nasal polips,

Setiap 1 set remedi detox ddr dibekalkan 3 botol untuk kegunaan SEBULAN.


1 botol(60ml) penggunaan dalam 8-10 hari

Bila stok DETOX AEFI dah sampai AMALKAN SEBERAPA SEGERA  habiskan 1 set untuk proses detoksifikasi badan selama sebulan.


Sangat membantu TINGGIKAN IMUN BADAN agar badan bersedia utk menerima set seterusnya


*Cara penggunaan*

Spray 5 kali dalam mulut dibawah lidah, 10 kali pengambilan setiap hari


. Mudah sahaja. Selebihnya sya akan guide bila brg dah sampai nnt

Boleh tonton video ini untuk info lebih lanjut 

KENAPA DETOX DDR SANGAT SESUAI DENGAN ORANG YANG ADA MASALAH RESDUNG?

============

Terima kasih kerana berminat dengan kaedah rawatan Resdung di D'sakinah HTC Alamesra,

Pemeriksaan resdung Rm 10 saja, kalau nak teruskan rawatan RM 79 (harga sebenar pakej ni adalah RM 199), nak kapsul resdung untuk rawat bengkak, sumbat, alahan dan pening resdung tambah rm 60, kos Rawatan +ubat = Rm 139,

Remedi Homeopati Nt resd formula Dr Mohd Rosni pun kami sediakan. RAWATAN + REMEDI RM 130. 

Rawatan +ubat + sabun herba magika untuk masalah gatal muka, berjerawat akibat resdung hanya serendah Rm170

Rawatan dRResd terbaik dibuat sebulan sekali selama 3 bulan (3x ulangan) sebelum seseorang pasien resdung atau sinusitis itu PULIH dan hidup seharian lebih SELESA,

Premis dsakinah buka setiap hari bermula 9.30 am hingga 5.30 pm 

Hanya perlu klik link di bawah untuk booking/ tempahan awal

πŸ“² wasap.my/60199388438

Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PERUBATAN HOMEONATUROPATI? [REMEDI KHAS DR MOHD ROSNI]

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)