UNIKNYA BERBEKAM CARA DSAKINAH
Saya suka jika ada beberapa pelanggan saya memberi feedback berbentuk pertanyaan kritikal tentang terapi yang kami sediakan di pusat terapi holistik dsakinah...
Maaf apa yg saya kongsi di sini, tidak boleh ditularkan dan dipolemikkan sesuka hati ya...
Perlukan kebenaran pihak dsakinah htc alamesra yakni dr rosni sebagai pengasas dan sifu bekam sy.
Adakah rawatan bekam djamin tidak menyebabkan jangkitan hiv melalui alat yang dgunakan untuk bekam terutama bekam darah?
Yes!
Ini adalah cabaran utk saya dan pusat terapi dsakinah utk pastikan perawatan bekam kami mematuhi SOP yang boleh menjamin kesejahteraan pelanggan kami.
Saya sebagai eksekutif kesihatan dsakinah sentiasa memastikan semua terapis (termasuk diri saya sendiri) mengamalkan praktis bekaman yang betul dan sesuai dengan keperluan pelanggan yang membuat permintaan ditambah dengan keperluan ikhtiar perawatan masalah kesihatan secara holistik...
Jadi, jawapan bagi persoalan ni sebenarnya saya sudah sentuh dalam penulisan blog saya di sini. Blh klik, baca dan hadam.
http://dsakinahalamesrakotakinabalu.blogspot.com/2018/07/bila-kita-boleh-berbekam.html?m=0
Penularan penyakit BERJANGKIT BAWAAN DARAH (HIV, HEPATITIS DLL) disebabkan amalan berbekam boleh berlaku jika
1.Pelanggan tidak memberi kerjasama ketika pengambilan sejarah kesihatan oleh staf incharge semasa proses pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran.
2. Pelanggan tidak tahu dia adalah pembawa virus AKTIF dan berbekam dengan SOP yang tidak dijamin oleh si pembekam.
3. Jaminan SOP dalam satu2 pusat terapi tidak dinyatakan dengan jelas oleh pembekam sebelum memulakan terapi bekaman.
Saya rasa ini sudah cukup untuk menjawap soalan.
Sebagai tambahan,
Masih ramai yang tertanya keperluan mengisi borang pendaftaran ketika datang ke dsakinah. Hal ini dsebabkan isu kompetensi dan jaminan SOP yang kami lakukan dalam apa2 jenis terapi yang kami sediakan adalah sudah jelas semasa proses pendaftaran lagi.
Kelemahan kami adalah adanya perawat yang masih belum yakin menjawap beberapa soalan pelanggan, seperti kenapa tidak boleh makan 2 jam sebelum berbekam? Atau soalan lainnya, kenapa bacaan tekanan darah masih tinggi selepas berbekam?
Ini menjadi asbab saya melakukan latihan berterusan berbentuk teori dan kefahaman kepada SOP sedia ada kepada semua staff dsakinah. Intipati latihan dan perkongsian ilmu ini juga selalunya memerlukan rujukan khas kepada pengasas dsakinah sendiri.
Selain itu, keperluan berbekam dengan SOP yang terjamin termasuk isu pendaftaran ini lah yang menjadi asas perawatan secara holistik yang kami sediakan.
Kami baru saja (Bermula bulan 18 Julai 2018) laksanakan pemberian kad ulangan kepada setiap pelanggan kami yang mendapatkan terapi di dsakinah, bermakna pelanggan hanya perlu mengisi borang sekali saja.
Sistem pendaftaran kami masih bersifat non-digital dan sedikit kesulitan untuk membuat semakan lawatan terdahulu.
Kami sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan kami di mana misi, visi dan piagam pelanggan tetap prioriti kami.
Jadi, saya mewakili dsakinah mengalu alukan idea dan aduan murni tuan dan puan untuk menambah baik perkhidmatan kami, sesuai dengan keperluan tuan dan puan.
Soal harga 1 cawan/ poin bekam, rm 7 dulu dan sekarang hingga selamanya... InsyaAllah, kami tidak akan naikkan harga dan kenakan GST/ SST...
SALAM SAYANG UTK SEMUA
Comments
Post a Comment