GERAK KERJA DSAKINAH HTC DALAM PASARAN TERAPI HOLISTIK

TUGAS-TUGAS KAMI DI D'SAKINAH HOLISTIC THERAPY CENTER ALAMESRA KOTA KINABALU SABAH


1. Sebarkan ILMU dan KESEDARAN MENGENAI pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.
Apa yang kami usahakan adalah kami sebarkan ilmu tentang sains perubatan moden dan tradisional. Kami tidak pernah mengabaikan keperluan hospital dalam mendiagnosa penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit. Kami komitmen dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling pemakanan  yang baik mengikut kesesuaian peringkat umur dan penjagaan keselamatan dalam aspek pengendalian terapi.
Khidmat nasihat yang kami berikan sebelum, semasa dan selepas terapi secara holistik sedaya upaya mematuhi akta perubatan tradisional dan komplimentari 2016 (Akta 775) kerana kami masih bergantung dengan usahasama pihak hospital dalam membantu menyediakan terapi yang melegakan kesakitan dan mencegah dari peringkat awal.
2. Melayan persoalan dan mengambil TEMUJANJI yang dibuat oleh pesakit atau keluarga pesakit
Setiap terapis dan staf kami bersifat santun dalam meladeni pelanggan kami sama ada dalam talian telefon mahupun secara bersemuka. Setiap persoalan yang dikemukakan akan dijawap dengan baik dan teliti bagi membolehkan pelanggan kami mendapat maklumat yang tepat sepanjang bersama kami.
3. Mengambil maklumat dan sejarah pesakit menggunakan borang maklumat serta kebenaran RAWATAN dan TERAPI oleh pesakit/waris pesakit
Kami juga menyediakan borang pendaftaran bagi menepati hak pesakit dalam akta perubatan tradisional dan komplimentari 1996 (Akta 775).
4. Membuat pemeriksaan dan diagnosis penyakit berdasarkan penampilan FIZIKAL, MENTAL dan SIMPTOM-SIMPTOM yg ada pada pesakit (majoriti kes adalah yang sudah ada LAPORAN dan DIAGNOSIS oleh doktor di hospital).
5. Memberikan KONSULTASI perubatan NATUROPATI TCM (termasuk konsultasi pemakanan dan gaya hidup sihat) kepada pesakit, keluarga pesakit dan orang yang terdekat yang akan menjaga pesakit.
6. Memberikan RAWATAN dan TERAPI berdasarkan hasil DIAGNOSIS dari HOSPITAL/KLINIK ataupun diagnosis yang kami buat sendiri seperti dalam no. 4
7. Mempreskripsikan ubatan homeopati/herba untuk diambil oleh pesakit berdasarkan jenis penyakit atau masalah dialami
8. Mengemukakan bil perubatan untuk dibuat pembayaran oleh pesakit/keluarga pesakit pada harga berpatutan dan mampu rawat (kami cuba sedaya upaya memberikan diskaun di mana yang patut)
9. Memberikan kad review atau temujanji utk sesi rawatan seterusnya.
10. Membuat follow up bagi mengingatkan pesakit untuk datang review dan menyambung sesi rawatan. Dibuat secara whatsapp atau panggilan telefon. Review penting untuk kami pantau perkembangan pesakit SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS tamat rawatan dan terapi dengan kami.
11. Tugas dan peranan TERPENTING kami ialah sentiasa cuba memastikan semua SOP di atas diikuti dan seterusnya cuba SEDAYA UPAYA memberikan PERKHIDMATAN TERBAIK kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit supaya segala MASALAH KESIHATAN atau PENYAKIT pesakit tersebut dapat DISELESAIKAN atau DIBANTU SEMBUH ke tahap maksima. Inilah REPUTASI kami.

Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

HIMPUNAN TESTIMONI SET DETOX DR MOHD ROSNI [DETOX DDR] DARIPADA STOKIS & TEAM DDR

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)