TESTIMONI & MASALAH TIROID

(Admin mengolah karya penulisan Prof Dr Mohd Rosni, sifu dan pengasas pusat terapi dsakinah HTC dengan keizinan si pengarang asal. Karya ini tidak boleh diulang tulis/ cetak oleh mana-mana pengamal perubatan TCM yang lain. Bagi tujuan PERKONGSIAN ILMU, Pembaca hanya boleh menyebarkan url penuh artikel ini tanpa memetik apa-apa petikan dan diharamkan mengcopy-paste penulisan ini.)

TENTANG TIROID
Melalui hormon-hormon yang dikeluarkannya, kelenjar TIROID berperanan penting dalam mengawal proses-proses metabolik yang berlaku dalam badan manusia. Penyakit berkaitan kegagalan tiroid bermula dari sekecil-kecil masalah seperti Goiter (beguk) yang menyebabkan pembengkakan kelenjar tiroid hinggalah ke sebesar-besar masalah seperti KANSER.

Kebanyakan kes berkaitan masalah tiroid adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon-hormon tiroid secara tidak NORMAL. Terlalu berlebihan pengeluaran hormon-hormon tiroid boleh menyebabkan penyakit dikenali sebagai HIPERTIROID. Sebaliknya terlalu kurang pengeluaran hormon-hormon tersebut pula boleh mengakibatkan masalah HIPOTIROID.

Walaupun masalah tiroid ini amat tidak menyelesakan badan, namun ianya mudah diuruskan sekiranya diagnosis awal yang tepat dan rawatan yang SESUAI diambil.

PUNCA-PUNCA MASALAH TIROID

1) HIPERTIROIDISMA
Walaupun puncanya adalah daripada hormon berlebihan tetapi ada keadaan-keadaan tertentu yang menjadikan hormon berlebihan dirembeskan antaranya:

a) Penyakit Grave: penyakit ini merangsang pengeluaran hormon tiroid berlebihan

b) Adenoma Toksik: nodul-nodul terbentuk pada kelenjar tiroid dan merembeskan hormon tiroid berlebihan

c) Tiroiditis Sub-akiut: keradangan kelenjar menyebabkan hormon tiroid berlebihan bocor dan dirembeskan keluar dari kelenjar tanpa kawalan. Boleh terjadi dalam masa beberapa minggu hinggalah berbulan bulan juga.

d) Kegagalan Fungsi Kelenjar Tiroid atau Kejadian Kanser pada Kelenjar Tiroid: walaupun jarang-jarang, namun ianya juga boleh akibatkan hipertiroid

2) HIPOTIROIDISMA

Walaupun perembesan hormon tiroid yang kurang oleh kelenjar tiroid adalah punca utama, namun begitu ada keadaan-keadaan yang menyumbangkan kepada situasi ini iaitu:

a) Hashimoto Tiroiditis: penyakit auto-keimunan yang menyebabkan antibodi badan sendiri menyerang dan membunuh tisu-tisu kelenjar tiroid seterusnya menyebabkan kegagalan penghasilan dan pengeluaran hormon hormon tiroid

b) Pembuangan Kelenjar Tiroid: melalui pembedahan ataupun musnah oleh bahan-bahan kimia tertentu yang seterusnya menyebabkan tiada pengeluaran hormon hormon tiroid

c) Terdedah kepada Iodida berlebihan: ubatan dadah tertentu untuk masalah sinus dan jantung misalnya mengandungi iodida. Pendedahan jangka masa lama pada dos yang tinggi boleh akibatkan hipotiroidisma

d) Lithium: ubatan dadah berasaskan lithium juga telah dikenalpasti boleh menyebabkan hipotiroidisma.

SIMPTOM-SIMPTOM HIPERTIROIDISMA

1. Hilang berat badan dengan tiba-tiba dan cepat. Akhirnya kurus dan cengkung
2. Jantung berdebar kencang
3. Banyak dan kerap berpeluh
4. Rasa gementar dan moody
5. Tangan terketar ketar
6. Beguk (bengkak di leher)
Boleh jadi juga tiada langsung simptom-simptom di atas.

SIMPTOM-SIMPTOM HIPOTIROIDISMA

1. Depresi
2. Pemikiran yang menjadi semakin lambat dan lembab
3. Degupan jantung semakin perlahan
4. Gangguan kitaran haid
5. Penambahan berat badan secara drastik. Menjadi gemuk.
6. Sembelit
7. Beguk/goiter
RAWATAN MODEN
Ubatan dadah untuk menstabilkan kembali hormon tiroid dalam kedua-dua kes hiper dan hipotiroid. Dan juga pelbagai rawatan lain.

RAWATAN NATUROPATI KOMPLEMENTARI

☆ Berbekam

☆ Ubatan homeopati seperti DETOX + NT-THYROIDISM
Rawatan dan ubatan dalam naturopati cuba merawat punca penyakit dan membantu memulihkan terus masalah samada hiper- ataupun hipotiroid dalam masa 1 hingga 6 bulan jika diamalkan secara konsisten dan dikendalikan oleh pengamal Naturopati yang berpengalaman.

Saya kesian bila ada kawan-kawan yg sakit berkenaan tiroid saja..tetapi kena jalani macam-macam rawatan....dan kena lalui macam-macam kesusahan....bagi saya kes ini dikira SIMPLE sahaja dalam kaedah Perubatan Naturopati...bila mana nasihat konsultan diikuti dan PENAWAR TEPAT diberikan.....in sha Allah....akan PULIH...buktikan SENDIRI....bersama posting ini juga saya lampirkan 2 TESTIMONI sebagai bukti....
SAYA ULANG SEMULA DAN BUAT PENAMBAHAN MENGENAI KEJAYAAN D'SAKINAH MEMBANTU RAWAT DAN TERAPI PASIEN HIPERTIROID
BETUL KAH HIPERTIROID DAN HIPOTIROID TIADA UBAT? DAN TIDAK BOLEH SEMBUH? TIDAK PERCAYA LAH....SEBAB KAMI ADA PENYELESAIANNYA...
Penyakit ini BOLEH sembuh, dengan izinNya...mari kami KONGSIKAN.…






MAKANAN DAN PEMAKANAN UNTUK PASIEN HIPERTIROID
--------------------------------------------
KONSEP
----------------
Pasien hipertiroid mempunyai bacaan TSH yang RENDAH di bawah paras normal (Julat normal: 0.35-4.94 mlU/L) dan bacaan FT4 yang tinggi di atas paras normal (Julat normal: 9-19.0 pmol/L). Apa sahaja makanan atau nutrien yang boleh merangsang peningkatan bacaan TSH yang rendah ke paras NORMAL dan juga penurunan bacaan FT4 yang tinggi ke paras NORMAL dijangkakan akan boleh membantu memulihkan masalah hipertiroid.

Oleh itu makanan atau nutrien yang berfungsi seperti di atas adalah DIGALAKKAN untuk diambil dan diamalkan sambil membuat pemantauan paras TSH dan FT4 melalui ujian makmal.
Makanan atau nutrien yang mempunyai fungsi berlawanan iaitu menurunkan bacaan TSH dan meningkatkan lagi bacaan FT4 adalah  DILARANG untuk pasien hipertiroid.
MAKANAN DIGALAKKAN
---------------------------------------------
1. Sayuran bersifat goitrogenik seperti kubis, brokoli dan bunga kubis yang diambil dalam keadaan mentah atau dicelur atau saute sekejap didapati BERMANFAAT membantu pasien hipertiroid (dengan syarat tidak ada masalah kekurangan iodin) di bawah pemantauan ketat bacaan TSH dan FT4
2. Buahan keluarga beri seperti strawberi, blueberry etc juga didapati membantu pasien hipertiroid untuk mengurangkan simptom yang dialami.
3. Sumber protein yang bebas atau kurang IODIN seperti ikan air tawar, daging, ayam dan putih telur (Elakkan KUNING telur) ...ayam kalau diambil perlu dibuang kulitnya..elakkan daripada yang digoreng..pilih dalam bentuk masakan sup atau panggang tanpa minyak atau lemak.
4. Banyakkan meminum air kosong (3 Liter sehari)
MAKANAN PERLU DIELAKKAN
---------------------------------------------
1. Segala jenis makanan LAUT seperti udang, sotong dan kekerang.
2. Garam beriodin. Pilih garam yang TIDAK ditambah iodin seperti garam bukit dalam masakan harian.
3. Segala jenis makanan yang biasa menyebabkan alergi atau alahan kepada diri pasien. Sekiranya pasien alergik kepada udang dan sotong misalnya, maka udang dan sotong lah berpotensi menyebabkan masalah hipertiroid lebih teruk. Makanan atau minuman berprotein tinggi seperti susu lembu, tofu dan susu soya harus dikurangkan ke tahap minimum mungkin cuma seminggu satu kali/ satu sajian sahaja
4. Makanan segera berlemak dan berminyak tinggi. Lemak dan minyak akan menyebabkan keradangan pasien hipertiroid lebih teruk. Kentang goreng, burger, nugget dll antara yang wajib dielakkan. Segala daging merah perlu dielakkan.
5. Makanan atau minuman bergula tinggi atau tinggi nilai indeks glisemik seperti jus dalam kotak, minuman tin bergas, makanan berasaskan tepung gandum yg diproses perlu dikurangkan, gula gula dan lain lain
6. Minuman berkafein seperti kopi dan minuman beralkohol atau arak wajib dielakkan atau ditinggalkan terus oleh pasien hipertiroid.
Perunding Perubatan Naturopati di DSakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu Sabah


Hanya perlu klik link di bawah untuk booking/ tempahan awal

πŸ“² wasap.my/60143308438

πŸ“² wasap.my/60199388438

(πŠπ„ππ€ πˆππ†π€π“; π‘π„πŒπ„πƒπˆ 𝐍𝐈 π€πŠπ€π π€πŒππˆπ‹ π’π„πƒπˆπŠπˆπ“ πŒπ€π’π€ π”ππ“π”πŠ πƒπˆππ‘πŽπ’π„π’ 𝐃𝐀𝐍 πƒπˆ ππ€π‚πŠπˆππ† πŽπ‹π„π‡ 𝐃𝐑 πŒπŽπ‡πƒ π‘πŽπ’ππˆ π’π„ππƒπˆπ‘πˆ π’π„ππ„π‹π”πŒ πƒπˆππŽπ’ πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜π€ππ† 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 π‚πŽππ…πˆπ‘πŒ πŽπ‘πƒπ„π‘ 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„πŒππ€π˜π€π‘π€π)

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN EKSKLUSIF? 
  untuk 1 set, kegunaan seorang pesakit sahaja.

Kos pos biasanya RM7 menggunakan J&T atau DHL 

SET HYPERTIROID RM 270 (JIKA ADA BENGKAK KALENJAR DI TUBUH; RM 350)

SET HYPOTIROID RM 270

JIKA AWAK TEMPAH /ORDER DARI SAYA, AWAK WAJIB BERI BUKTI PEMBAYARAN + NAMA + ALAMAT LENGKAP DAN NO TELEFON kepada SAYA sejurus payment dibuat untuk tujuan pemprosesan dan pengeposan. 

Kami akan memproses dan mengepos paling lewat dalam tempoh 1 MINGGU dari tarikh pembayaran dibuat. Sila hubungan pihak kami jika TIADA tracking no diberikan dalam tempoh tersebut.

Terima kasih di atas kepercayaan Tuan/Puan ke atas perkhidmatan kami.


Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

HIMPUNAN TESTIMONI SET DETOX DR MOHD ROSNI [DETOX DDR] DARIPADA STOKIS & TEAM DDR

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)