REMEDI SUPERWOMEN DR MOHD ROSNI PELENGKAP PERANCANGAN KEHAMILAN
*Entri kali ini agak panas, hanya wanita tabah saja boleh baca. Sila tarik nafas panjang-panjang sebelum teruskan pembacaan. Bagi yang muslim, mulakan dengan basmalah dan ta'awuz.
Bismillahirrahmannirrahim…
Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.
Bukan lelaki saja yang berisiko mengalami mati pucuk, perempuan pun boleh mati putik. Seram kan, tapi bersediakan anda menerima tentangan hebat dan jelingan maut pasangan anda?
Saya rela jadi promoter tanpa gaji semata-mata nak sampaikan kepada anda yang saya sayang, saya nak anda buat pilihan yang bijak untuk kekal sihat, bertenaga dan bahagia bersama orang tersayang anda.
Saya ada nombor ajaib. 670 dan 600. Ini bukan nombor ekor atau nombor kepala naga, ini nombor untuk bahagiakan pasangan suami isteri, bakal pengantin dan mereka yang sedang berjuang dalam hubungan rumah tangga mereka.
Siapa yang perlu tahu apa itu 600 dan 670?
πMereka yang sedang merancang ingin menikah, sudah pasti mahu lakukan persembahan yang menarik di malam pengantin.
π Mereka yang sudah lama berumah dan bertangga, sudah tentu masih mahu kekalkan stamina sampai ke akhir hayat.
π Mereka yang sudah lelah berikhtiar mendapatkan zuriat, sudah tentu masih mencari segala jenis rawatan dan kaedah yang bersesuaian.
π Mereka yang sudah mula dibayangi tanda-tanda masalah andropause (bagi lelaki) dan menopause (bagi wanita), sudah tentu mahu yang terbaik untuk pasangan masing-masing.
π Mereka yang mengalami masalah ejakulasi pramatang dan kegagalan ejakulasi, sudah tentu mula hilang keyakinan diri.
Pakej kelamin PROTOKOL 670 & PAKEJ 600 : solusi alami untuk bahagiakan pasangan anda
Jika anda lelaki yang prihatin anda tidak akan kisah memilih protokol 670. Pakej terapi masalah tenaga batin untuk lelaki adalah Protokol 670; himpunan terapi yang diinovasikan oleh pengasas dsakinah iaitu Dr Mohd Rosni untuk memberi kesan pemulihan dan penjagaan dalam membantu merawat masalah kesihatan berkaitan tenaga batin.
Pakej ini dilakukan secara berperingkat, dan mempunyai peluang untuk mengatur masa mereka untuk melengkapkan tiga kali lawatan dalam masa seminggu untuk dilengkapkan.
Apa yang special dalam protokol ini adalah terapi pembetulan tulang belakang kaedah YUMEIHO (sedangkan tayar kereta perlukan alignment, body realignment apalah sangat), ada urutan batin guna minyak urut special yang diformulakan oleh Dr Rosni sendiri, ada juga bekam batin khas. Semuanya ada fungsi holistik untuk tubuh seorang pria/ lelaki.
Pada sesi lawatan terakhir, mereka akan dibekalkan set Homeopati POWERMAN RM 270 SATU SET UNTUK KEGUNAAN SEBULAN yang membantu merawat masalah dalaman mereka jika diambil ikut selang masa yang ditetapkan dan patuh dengan nasihat yang sudah diberikan oleh pakar naturopati semasa sesi terapi.
Jika anda wanita yang sayangkan suami anda, dan mahukan yang terbaik untuk pasangan anda, anda tidak teragak-agak untuk servis tubuh anda agar anda memiliki stamina seperti anak dara, dan masih bermaya untuk berkhidmat sehingga ke hujung malam.
Pakej Postnatal dan kesuburan wanita (harga semasa mungkin berubah sedikit) pula merangkumi himpunan terapi sauna, urutan kaki/ refleksologi, urutan badan satu jam, urutan sengkak rahim/ urutan peranakan
(*terapi ini memerlukan terapis yang mahir urutan peranakan dan mempunyai pengetahuan tentang anatomi peranakan) dan bekam khas, ditambah dengan terapi rawatan pembetulan tulang belakang dan pinggul (RTBP) (*terapi rtbp - hanya dr mohd rosni saja boleh lakukan).
Sama seperti suami anda, anda juga akan bawa pulang set homeopati Superwomen yang akan anda amalkan selama sebulan bersama suami anda. Ikut tatacara pemakanan dan patuh nasihat naturopati yang diberikan.
Kesemua jenis terapi ini ada tujuan tertentu untuk setiap anggota tubuh anda, dan anda boleh memilih untuk dapatkan rawatan secara berperingkat sama seperti pasangan anda, jika anda mahu.
" Semua penyakit ada PENAWAR kecuali MATI dan TUA. Kami membantu merawat pelbagai penyakit dan masalah yang dideritai sehingga sembuh dengan izinNya seiring dengan rawatan perubatan utama yang diambil di hospital dan klinik. Inilah reputasi kami. Tubuh badan yang sihat dapat membantu dalam mendapatkan KESEMPURNAAN dalam BERIBADAH"
Penafian: Segala perkongsian yang diberikan ialah hanyalah bersifat akademik yang bertujuan untuk perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. Ianya bukanlah bertujuan untuk mengiklankan sesuatu yang bertentangan dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dan juga Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam yang telah digubal bagi melengkapkan peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Ubatan homeo-naturopati hanya dibenarkan ambil setelah menjalani sesi konsultasi secara online/offline dengan pihak kami. Segala yang berlaku samada kesan baik atau buruk ke atas mana-mana individu yang berpunca daripada maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ataupun FB ini adalah atas kesedaran dan tanggungjawab individu itu sepenuhnya.
P/s Pusat terapi D’Sakinah tidak mengambil bayaran penuh semasa lawatan pertama. Hanya perlu bayar mengikut jenis terapi apa yang anda terima dalam satu masa lawatan.
Anda mahukan detail/ butiran lengkap tentang pakej ini? Segera hubungi saya untuk saya bantu anda dan pasangan anda.
Sis tahu ramai wanita di luar sana yang kempingin mendapatkan cahaya mata hasil perkhawinan yang bertahun terjalin. Buah hati pengarang jantung ini lah yang diyakini boleh menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri.
Tahukah anda?
ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.
Kerajaan malaysia telah memberi insentif kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2018 hingga 2022 berupa simpanan premium AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB) dan simpanan ini boleh ditambah dari semasa ke semasa sehingga anak itu berumur 18 tahun, dan anda sudah merasa lega kerana simpanan untuk anak lanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi telah anda mulakan dengan kelahiran zuriat anda pada masa terdekat ini.
Ini adalah rezeki dari kerajaan Malaysia.
Tetapi!
Ada dalam kalangan teman kita, saudari kita, para wanita di luar sana (mungkin saja ahli keluarga kita) sudah lama berhoneymoon, usia mencecah 30 an masih lagi mendodoi anak buah, masih lagi gerigitan (teringin) bila di tanya soal rezeki anak... Malahan, emosi tidak stabilnya melimpah ruah bila terbaca petikan akhbar KES BUANG BAYI... MENGANDUNG LUAR NIKAH. .
Terlalu berat, cukup rencah untuk merembeskan hormon stress bernama cortisol yang memberi tekanan yang cukup membuatkan si wanita menjadi segan untuk balik kampung. Bakal dihentam lagi oleh si ipar duai...
'kau ni, kahwin lama sudah... Kau merancang ka ni?'
'kau tak takutkah suntik depo ni, nanti kau gemuk...'
'Kau mandul ni kan...'
Dan, si suami pun mula merancang untuk pasang channel lain...
'Sayang... Abang bawa madu...'
'Ini borang izin nikah lagi satu... Isi bah. Kau inda mahu payung emas kah?'
Okay, itu cuma sekadar omong drama tv 3... Sebenarnya ada iktihar solusi atau jalan penyelesaian bagi wanita di luar sana yang mahukan anak, yang mahu merancang mendapatkan anak. Ada kaedah terbaik yang pihak dsakinah sediakan.
Siapa mahu, angkat tangan.…
SIAPA YANG PERLUKAN PAKEJ INI?
-Wanita yang ingin menjalani terapi;
(1) Persenyawaan in-vitro (IVF) dilakukan dengan cara mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal.
(2) Teknik IUI atau Intra Uterine Insemination iaitu kaedah yang dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita melalui satu tiub halus sewaktu ovulasi hampir berlaku.
(3) Suntikan hormon (sama ada suntikan hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang membantu pembentukan telur yang sihat dalam rahim wanita serta membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi Sebagai pengganti bagi hormon clomiphene ataupun penggunaan ubat hormon).
-Wanita yang sudah bersedia untuk menimang permata.
-Wanita yang sudah punya anak satu, 5 tahun kemudian, mahu tambah anak lagi. Sudah lama kesurupan penggunaan pil perancang.
-Wanita yang tiada masalah mandul, sihat ovumnya, segar bugar sperma suaminya. Tapi belum diberi rezeki anak.
-Wanita yang sudah lama berikhtiar sana sini, terlalu dimomokan dengan bahas kasar sang ipar duai mentua, kononnya mandul.
PENYELESAIAN YANG DSAKINAH HTC SEDIAKAN
Kami sediakan terapi perancangan kehamilan @ pregnancy planning therapy...
(Ini adalah pilihan anda, dan jenis terapi yang ditawarkan tidak semestinya mengikut kehendak kami sebagai perawat tetapi bakal memenuhi keperluan anda sebagai seorang wanita yang mahukan perubahan secara realistik.)
APA YANG ADA DALAM therapy ini?
✅Konsultasi khas daripada dr mohd rosni (pengasas dsakinahHTC & CONSULTANT in Naturopathy medicine) @ Miss aisyah (Manager D'Sakinah)- PERCUMA
Konsultasi boleh dilakukan secara dalam talian (whatapp/ call) bersama Miss Aisyah. Nak jimat kredit? Biar Miss aisyah yang buat panggilan terus kepada yang betul-betul berminat dengan pakej ini. Untuk dapatkan penjelasan yang lebih tepat, Pasti pihak dsakinah akan adakan cara penyelesaiannya.
✅ SET HOMEOPATI SUPERWOMEN RM 270 (PENGGUNAAN UNTUK SEBULAN) - disarankan ambil untuk tiga bulan.
Set homeopati ini adalah remedi yang diformulakan oleh Dr Mohd Rosni sendiri untuk membantu para wanita di luar sana yang mempunyai masalah haid tidak teratur, masalah hormon tidak seimbang, senggugut teruk, masalah perpeluhan tidak terkawal (walaupun sedang berada dalam bilik berdingin sejuk), dan apa saja masalah berkaitan sistem peranakan dan sistem hormon wanita.. Bagi wanita yang sedang dalam perancangan untuk hamil, mengambil produk ini akan membantu mengatur kitaran haidnya dan mengurangkan gejala hormon tidak seimbang. (Nota: Homeopati adalah iktihar perawatan yang dicadangkan tanpa pengabaian perubatan moden. Saranan dan Kaedah pengamalan pemakanan homeopati ini perlu melalui proses konsultasi)
✅ TERAPI RANGSANGAN SARAF ELEKTRONIK setiap sesi (DUA MINGGU SEKALI) - disarankan ambil 4 SESI - ❌ hold for a moment because only DR MOHD ROSNI can provide this treatment,
Teknik rangsangan saraf menggunakan arus elektrik yang terkawal dipercayai dapat meningkatkan ovulasi dengan memodulasi sistem saraf pusat dan periferal, sistem neuroendokrin dan endokrin, aliran darah ke ovari, dan metabolisme tubuh termasuk sistem imun tubuh.
Akupunktur dapat meningkatkan hasil in vitro fertilization dan embryo transfer (IVF-ET), disertai dengan peningkatan aliran darah rahim, pergerakan rahim uterus, dan mengurangkan masalah kemurungan, kebimbangan dan tekanan sebelum tempoh kehamilan bermula (Dong-Mei et al., 2011; Hesham, 2008 )
Kajian yang dilakukan oleh Park et al. 2010 menunjukkan Pakej terapeutik standard untuk ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan adalah selamat untuk bayi dan wanita yang dirawat, apabila ditadbir oleh profesional berlesen.
✅ Terapi BEKAM KESUBURAN - DUA SESI SELAMA DUA BULAN
Selepas tiga bulan terapi ubatan homeopati + bekam kesuburan + akupuntur, tubuh anda sudah sedia untuk mengandung.
PERCAYALAH
Kami bukan pakar puan, untuk Mengimbas sejauh mana Kekuatan rahim anda boleh menampung bayi, ataupun meneka anda akan dapat anak perempuan atau lelaki, ataupun memberi jaminan dengan menjalani terapi kami, anda 100% akan mendapat bayi. Kami sediakan pakej yang serba mampu dijalankan, mempersiapkan diri anda untuk mudah mengandung. Selebihnya, kerja Tuhan.
Tiada kerahsiaan dalam harga terapi yang kami sediakan. Tiada GST, Tiada cukai perkhidmatan. Semua terapi yang kami sediakan, harga kasih sayang. Bagi pelanggan yang bertuah, kami bagi potongan harga terbaik bagi setiap terapi.
NOTA TAMBAHAN
Anda juga boleh memilih rawatan berpakej (gabungan Rawatan ini perlukan masa 3 hingga 4 jam bersama kami)
HARGA BOLEH DIRUNDING BERSAMA...
✅ Sauna/ Tangas - Lancarkan sistem perpeluhan /kulit
✅ Urut Kaki Refleksologi - Rejuvinate sistem organ dalaman seperti sistem peranakan, pundi kencing dan usus perut
✅ Urut Badan - Baiki sistem otot, hilangkan lenguh badan dan kepenatan tubuh (body stress)
✅ Sengkak Rahim - urut peranakan (sesuai untuk perempuan yang sudah berkahwin, untuk posisikan semula ruang rahim)
✅ Bekam Sunnah (10 atau 12 point) - Buang darah kotor, mantapkan prestasi dalaman, rawat masalah inflamasi kulit dan kesan baik pada sistem edaran darah.
✅Pembetulan Tulang belakang dan pinggul kaedah Yumeiho - sebijik macam kiropraktik/ bone setting/ resemblance to chiropractise, dan rawatan jenis ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang bertauliah saja. Dr mohd Rosni saja yang boleh lakukan.
✅Set Homeopati Superwomen - kegunaan sebulan, ambil setiap bulan selama 3 bulan berturut sebelum lakukan IVF.
JIKA AWAK TEMPAH /ORDER DARI SAYA, AWAK WAJIB BERI BUKTI PEMBAYARAN + NAMA + ALAMAT LENGKAP DAN NO TELEFON kepada SAYA sejurus payment dibuat untuk tujuan pemprosesan dan pengeposan.
Kami akan memproses dan mengepos paling lewat dalam tempoh 1 MINGGU dari tarikh pembayaran dibuat. Sila hubungan pihak kami jika TIADA tracking no diberikan dalam tempoh tersebut.
Terima kasih di atas kepercayaan Tuan/Puan ke atas perkhidmatan kami.
Rujukan :
Dong Mei, H., Guang Jing, H. Fu-Er, L., Stefon, D. Neuer, A. & Robert, G. 2011. Acupunture For Infertility: Is It An Effective Therapy? Chinese Journal Of Integrative Medicine. 17:386.
Hesham, A.L. 2008. Acupunture For Infertility: a Recently Released Evidence. Middle East Fertility Society Journal. 13:1.
Park, J.J., Myangja, K., Sangseop, S.I., Eunmi, C.I., Sukyung, K.L., Hyosun, W.,Bonghyun, N. & Ted, J.K., 2010. Unexplained Infertility Treated With Acupunture And Herbal Medicine In Korea. Journal Of Alternative And Complementary Medicine. 16(2):193-198.
Comments
Post a Comment