TRAIT MANUSIA BERMULA DARI MAKANAN
Ada tiga elemen penting yang menjadikan hidup kita sihat iaitu senaman, makan dengan cara yang sihat, dan mengambil vitamin. Sudah berdekad berlalu, dan kita tidak menemui sebarang bukti saintif menunjukkan badan kita memerlukan multivitamin ataupun multivitamin memberi manfaat secara quantitatif.
Moyang kita telah lama menghidupkan diet yang seimbang dalam makanan mereka dengan cara memakan buah primitif dan mendapatkan bekalan nutrisi daripada sumber alam. Apabila ketamadunan manusia menjadi kompleks, diet kita sudah mula bergantung kepada makanan berkanji, rendah nutrisi seperti nasi, jagung dan gandum yang boleh ditanam dan dibekalkan dalam skala yang besar.
Industri pemprosesan makanan menjadikan makanan ini disediakan dalam bentu yang lebih teruk, dan menyebabkan risiko kejadian penyakit berkaitan masalah kekurangan vitamin dalam pengambilan makanan seharian.
Hal ini menyebabkan industri pasaran vitamin dan supplemen kesihatan tumbuh seperti cendawan. Dunia pasaran secara dalam talian menjadikan kita percaya terdapat ruang dalam kesihatan kita, dan kita boleh penuhi dengan hanya mengambil regim vitamin berbentuk pil.
Tidak tepat!
Beberapa kajian yang disiarkan dalam jurnal annals of internal medicine merumuskan;
Supplemen tidak mengatasi masalah kesihatan kronik, tidak diketahui kesannya dan perlu dihindari.
Kita generasi yang tidak ada kekurangan vitamin yang tepat. Vitamin tidak ada kesan langsung kepada pengurangan risiko kanser, masalah jantung, kekurangan daya upaya dan kematian.
Penggunaan sebahagian vitamin lemak mudah serap (fat soluble vitamin) boleh menyebabkan kegagalan jantung dan buah pinggang.
Jika kita benar-benar disahkan oleh doktor yang kita mempunyai masalah kekurangan vitamin, memang doktor akan preskripsikan vitamin mengikut keperluan.
Mengambil vitamin ataupun multivitamin tanpa preskripsi yang betul daripada doktor dan pakar dietari tidak akan membantu anda mengatasi masalah kekurangan vitamin dalam tubuh terutama jika ia diambil secara oral.
Industri vitamin/ multivitamin tidak dipengaruhi oleh FDA dan kebanyakan melalui ujian persendirian. Indeks kandungan tidak menunjukkan dengan tepat kandungan sebenar vitamin dalam setiap pengambilan.
Tidak ada jaminan multivitamin yang kita ambil sesuai untuk tubuh kita. Mengambil multivitamin sembarangan bermakna mengambil benda tidak penting untuk tubuh dan hanya melepasi sistem tubuh tanpa serapan.
Jika anda benar-benar ingin mengambil vitamin yang betul dan sesuai untuk tubuh, anda hanya perlu makan makanan yang sihat dan dengar nasihat doktor dan pakar pemakanan jika diet yang anda makan tidak mencakupi keperluan seharian tubuh.
Berbalik kepada komuniti kecil kita, iaitu keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak.
Apabila musim cuti sekolah bermula, anak-anak yang tinggal di asrama akan kembali menyendeng di sisi keluarga mereka. balik kampung adalah perkara paling menyeronokkan bagi mereka. ini lah masanya untuk memanjakan perut setelah agak lama menjeruk rasa, dan keinginan untuk makan masakan ibu. malahan bagi anak kota, ini lah masa untuk berlibur sambil menjadi pencadang terhebat kepada sang ayah, nak mencuba makanan yang rare dan selalu terbayang di kepala saat berada di asrama.
si ayah dan si ibu selalunya tidak akan menghampakan permintaan si anak. Masa cuti sekolah lah masa terbaik untuk anak-anak dapat makan sepuas hati mereka. tanpa disedari, tabiat memanjakan si anak dengan makanan di luar, makan di restoren berbanding menyediakan masakan sendiri di rumah menyebabkan sistem pertahanan tubuh si anak menjadi lemah. Mitos; MSG menyebabkan kanser dan macam-macam gejala penyakit. Junk Food; membentuk anak menjadi obesiti melampau.
Bagaimana pula fakta yang ini?
Kerenah anak menjadi tidak keruan, dan ada yang beranggapan anak ini degil kerana faktor pemakanan yang tidak sesuai dengan keperluan tumbesarannnya. Ada juga pendapat lemah mengatakan, otak seorang anak boleh menjadi lembap kerana terlebih makan makanan ringan. akhirnya, anak terbiasa dengan gaya pemikiran yang terlalu mengambil mudah semua perkara.
Saya tinggalkan satu persoalan kepada pembaca;
Ibu bapa yang kurang ilmu, bagaimana nak melahirkan generasi yang melihat makanan itu sesuatu yang luar biasa dalam membentuk peribadi seseorang?
Comments
Post a Comment