BERMADU CARA DSAKINAH
Entri kali ini, sis akan kongsikan kepada pembaca tentang kebaikan madu tualang asli. Kenapa tualang?
Sebab ia menjadi pentualang dalam mengekalkan kesihatan melalui pemakanan madu yang asli.
Bermadu dengan madu asli, bukan yang dijual di pasar dengan keaslian boleh dipertikaikan.
Hanya bermadu dengan madu tualang asli, isteri tak marah. Jangan cari madu yang satu lagi. Susah. Maintainance cost tinggi.
Sis akan kongsikan penulisan hebat tentang madu oleh pengasas dsakinah, Dr Rosni sendiri dalam fb nya...
Ini adalah sebahagian kecil penulisannya,
Boleh baca dari facebook nya... Jauh lebih segar dan ada extra info tentang cara mengenalpasti madu asli style orang kampung...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204819105794766&id=1752236644
MADU TUALANG ASLI...100% MADU TANPA CAMPURAN...DIAMBIL TERUS DARI ORANG KAMPUNG PENCARI MADU TUALANG DI PENGKALAN HULU PERAK...MADU GUNUNG LANG....KAWASAN SEJUK!!
----------------------------------------------------------------------
Dek kerana SUSAH BETUL mahu dapatkan madu ASLI, sering kena TIPU bila beli madu yang kononnya ASLI yang dijual di kedai-kedai, toko, supermarket dan tepi-tepi jalan...maka saya sendiri pulang ke kampung setiap tahun sekitar bulan Mei dan Jun untuk mendapatkan STOK MADU TUALANG ASLI terus daripada sepupu saya dan rakan-rakannya yang merupakan pencari madu tualang ASLI di seluruh Perak hingga ke Kelantan...tak banyak pun STOK MADU TUALANG ASLI ni setiap tahun yang mereka dapat pungut...
Tahun lalu (2017), setitik madu pun mereka tak dapat sebab MUSIM HUJAN bertepatan musim MADU pada bulan Mei dan Jun tersebut...jadinya tahun lepas saya LANGSUNG tidak ada stok madu asli tualang yang boleh saya gunakan di DSakinah Alamesra Kota Kinabalu untuk membekalkan kepada pasien saya yang menghidap pelbagai masalah penyakit...ramai juga yang datang membeli madu tualang asli di DSakinah bukan kerana sakit, tetapi kerana hendak mengamalkan pemakanan sihat dan mencegah penyakit dari menghidapi tubuh badan...ya madu tualang asli boleh bantu melakukan semua itu jika DIAMALKAN...
.
.
Kerana MADU TUALANG ASLI ini adalah bermusim sekitar Mei hingga Jun sahaja setiap tahun di Perak sempena musim pokok buah-buahan kampung dan hutan yang berbunga, makanya saya AMAT HATI-HATI dan SUKAR mempercayai jikalau ada orang yang boleh membekalkan beribu-ribu botol madu tualang asli sepanjang tahun...saya bercakap pasal MADU TUALANG sahaja tau..bukan madu jenis lain...itu diluar perbincangan saya...jadinya tuan-tuan dan puan-puan di luar sana, HARUS juga berhati-hati kalau mahu MEMBELI madu tualang ini..pastikan yang betul-betul asli...kalau ragu-ragu DATANG sahaja ke D'Sakinah untuk mendapatkan MADU TUALANG ASLI..sementara STOK masih ada...
.
.
Kelebihan madu TUALANG ASLI ini banyak. Antaranya:
1. Bersifat anti-infeksi. Boleh disapu pada luka-luka kecil dan akan mengelakkan jangkitan serta percepatkan penyembuhan luka. Boleh juga diminum bagi yg ada jangkitan pada tekak, paru-paru dan saluran percernaan. In sha Allah MUJARAB di samping rawatan utama lain di hospital + rawatan perubatan Naturopati/TCM.
2. Bersifat anti-inflamasi. Boleh membantu melegakan pelbagai penyakit yg berasaskan keradangan seperti gout, athritis, prostatitis dan sebagainya. Diambil seiring dengan rawatan utama lain di hospital + naturopati.
3. Sifat anti-infeksi + inflamasi yang ada pada madu asli telah menyebabkan ianya amat MUJARAB untuk membantu merawat pelbagai jenis penyakit berkaitan PERUT, USUS dan PARU-PARU.
4. Madu asli juga membantu memberikan tenaga SEGERA kepada pesakit diabetes seterusnya mengelakkan kejadian hipo (tiada tenaga badan secara mengejut yang boleh berikan kesan buruk lain kepada pesakit diabetis) tanpa MENINGKATKAN bacaan gula darah jika diambil pada dos yang betul
5. Madu asli membantu meningkatkan kekuatan sistem keimunan badan seterusnya menyebabkan PENGAMALNYA akan jarang-jarang atau SUKAR mendapat penyakit jenis berjangkit seperti selesema dan batuk.
6. Madu asli adalah salah satu jenis pemakanan berkhasiat yang memiliki pelbagai mineral dan zat utama yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan tubuh badan.
7. Menurut petua orang tua zaman dahulu, bagi lelaki yang ingin kuatkan badan dan tenaga batin (kelelakian), amalan meminum madu asli + kuning telur ayam kampung mentah seminggu sekali adalah amat digalakkan.
.
Nukilan:
Prof. Madya Dr. Mohd Rosni Bin Sulaiman
Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS
Merangkap
Perunding Perubatan Naturopati di D'Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu Sabah
Hp: 0198620380
www.dsakinah.com
Comments
Post a Comment