TA’ARUF BERSAMA YANG AHLI (TERAPIS LELAKI)

Seperti yang dijanjikan, sis akan reveal satu persatu ahli dsakinah yang sudah lama menggerakkan dsakinah, Kita akan bermula dengan pria-pria yang ada trait gila-gila mereka. Mereka tetap ada keunikan mereka yang tersendiri.

Kamarullah atau sedap dipanggil jojo (Tak tahu nama jojo tu datang dari mana, daripada kecil lagi dia cakap, orang rumah biasa panggil dia macam tu). Dia ni, ada pendidikan asas sehingga smk likas. Lepas lah spm.. But, best thing about him… dia setia dengan dsakinah. Kiranya, dia ni otai staf. Ada prosedur yang biasa tapi luar biasa untuk dilakukan, sis selalu juga refer ke dia. Sebab tu kita tak boleh pandang rendah anak muda yang lulusan SPM. Nah, jika kalian terserempak dengan dia… sapa saja. Dia mesra orangnya.


Pengalaman dia tu, pergghh… Berkeringat nak dapat. So, dalam bidang terapi secara holistik, dia otai untuk terapi sinus bioherba… Kiranya, dia ni expert lah bab terapi jenis ini dan dia berjaya juga memberi kefahaman secara tersendiri kepada pelanggan dan keluarga pelanggan khususnya kebaikan terapi sinus bioherba.
Bab kandid, sis tak tahu berapa kali dia tangkap gambar dia tapi dia sendiri tak puas hati. Suruh dia bagi gambar kandid punya susah.

Dia juga expert dalam terapi bekam dan urutan…
Setakat ini, sis selalu dapat fed back dari pelanggan lelaki… Cara dia mengurut memang berbisa. Macam patukan ular. Eh!  Nak cuba penangan urutan sang pesilat cekak hanafi, datang ke dsakinah atau buat dulu appointment… Harga, dah terang bersuluh di entry sebelum ini.
Okay, Dah namanya terapis. Mestilah ada sijil-sijil kemahiran yang melayakkan dia dipanggil competent terapist.



Bagi pengamal bekam di luar sana, pasti mereka kenal siapa dr Wadda dalam perubatan Bekam.


UPDATE TERBARU: KAMARULLAH JUMAH SUDAH TIDAK BEKERJA SECARA AKTIF DI PREMIS D'SAKINAH HTC SEJAK MAC 2019.

Ariffullah… Panggil saja arif. Dia ni sepupu bos sis. Asal perak, pelat pun masih pekat utara. Dia pun mahir dalam membekam. Risau sis kalau dia yang buat bekam, dia akan buat dengan berhati-hati dan perlahan. Makna kata, dia pernah dibekam dan dia tahu keenakan tusukan jarum pakai buang bersaiz 21G. Jadi, dia akan pastikan setiap poin bekam yang dia lakukan itu sangat bertepatan dengan keperluan bekaman yakni mengeluarkan darah kotor (blood stagnant) daripada bawah kulit.

Nah, sis belanja gambar arif dua keping. 

Arif ni susah nak senyum, jadi nak dapatkan gambar yang kandid tahap kencing manis.. kena puji sikit. Senyum lah dia sampai ke telinga. Ah! Kan dah senyum. Apa yang pasti, dia masih bujang. Eh!





UPDATE TERBARU: ARIFULLAH MASIH AKTIF BEKERJA BERSAMA D'SAKINAH SEHINGGA KE HARI INI.



Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

HIMPUNAN TESTIMONI SET DETOX DR MOHD ROSNI [DETOX DDR] DARIPADA STOKIS & TEAM DDR

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)