BILA KITA BOLEH BERBEKAM?



APA ITU DARAH BEKAM?

Siapa pernah tengok darah bekam? Agak-agak kamurang, darah bekam ini apa ye kandungnya? Secara teori, darah bekam diketahui mengandung bahan penyebab penykit (causative pathological substances, CPS),

Ada darah kotor di situ, bahan kumuhan tubuh, patogen dan darah yang rusak,

Orang cina mengakui bekam mampu merangsang tenaga qi iaitu tenaga alami tubuh,
dan tenaga ini dirangsang untuk melancarkan titik meridian tubuh dan menghilangkan patogen,

Ia juga dipercayai menghapuskan gangguan berkaitan darah dalm sistem fisiologi tubuh manusia, mengeluarkan bahan kumuhan dari badan, melancarkan peredaran darah, mengurangkn kebengkakan serta membuang angin dari badan,

Dalam perubatan moden,

Bekam adalah proses pengeluaran darah rusak karena sudah tidak bisa mengangkut oksigen, karena darah yang rusak ini akan mengganggu proses pertukaran oksigen tubuh,

Kita tahu fungsi dan kebaikan bekam seperti yang sis tulis dalam entry blog sebelum ini. Sekarang mari kita fahamkan pada waktu bilakah terapi bekam ini sangat efektif dilakukan. Kenapa sesetengah pembekam memilih waktu malam untuk membekam? Kenapa Dsakinah memilih waktu puncak metabolism tubuh untuk melakukan bekam? Terdapat perbezaan pendapat bila waktu bekam paling sesuai. Bagi sis, kelapangan pelanggan untuk berkunjung di waktu siang bagi mendapatkan terapi bekam adalah waktu paling terbaik untuk berbekam.


Antara Waktu yang paling sesuai untuk melakukan bekam:-

1.    Bila kita sudah betul betul bersedia untuk dibekam secara mental dan fizikal.
2.  Waktu mana badan tidak lemah akibat demam misalnya atau terlalu penat akibat penyakit tertentu.
3.    Waktu siang hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang (waktu Sabah). Waktu terbaik sekitar jam 12 hingga 3 petang bila mana cuaca dan darah tengah panas. Waktu malam tidak sesuai berbekam bila mana aktiviti badan dah mula menurun dan cuaca mulai sejuk dan gelap. Aktiviti makhluk yang tidak kelihatan juga meningkat pada malam hari terutama di kawasan yang adanya bau darah manusia. Beringat sebelum tersampuk atau kerasukan.
4.    Perut yang kosong sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berbekam. Cth: kalau cadang mahu berbekam jam 12, jam 10 adalah terakhir kalau mahu makan atau sarapan yg berat.
5.    Tidak dalam keadaan tergesa-gesa @ stress.
6.    Kalau dalam kalendar bulan Islam (Hijrah), terbaik pada 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan. Cth: 19 hb Syawal..tetapi kalau dalam keadaan tekanan darah yang agak tinggi atau penyakit tertentu yang perlu SEGERA dibekam, boleh sahaja dibekam tanpa perlu menunggu tarikh tarikh 17, 19 dan 21 itu demi untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih BESAR seperti terkena STROK.

INFO TAMBAHAN UNTUK DAPATKAN KESAN TERBAIK BERBEKAM

1.    Tidak terus mandi selepas selesai berbekam. Paling cepat kalau terpaksa mandi juga ialah sekitar 5 hingga 7 jam selepas berbekam. Ini demi mengelakkan daripada luka bekam terbuka dan kembali berdarah yang seterusnya memungkinkan jangkitan di rumah. Mandi keesokan paginya adalah terbaik.
2.    Mengambil minuman seperti susu kambing segar ataupun madu asli setelah selesai berbekam sebelum menjamah makanan lain yang berat. Ini demi mengembalikan tenaga badan dan semangat serta mempercepatkan proses pemulihan keseimbangan DARAH serta aktiviti metabolisma badan. Biasa badan orang yang baru dibekam agak lemah sedikit selepas sesi bekam selama 1 jam dan pening pening. Ini cuma masa transisi sebelum badan menjadi amat SEGAR DAN RINGAN. Jadinya madu asli atau susu kambing segar sangat penting di sini.
3.    Tidak melakukan hubungan SEKS suami isteri selama 3 hari selepas berbekam. Ini akan  memberikan tenaga badan yang secukupnya bagi pelbagai proses detoks, metabolisma, dan lain lain selepas berbekam sebelum kesihatan dan aktiviti tubuh badan meningkat ke tahap yang paling efisien dan optimum.

BAGAIMANA UNTUK MENGENALPASTI PRAKTIS BEKAM YANG SELAMAt
Sebagai seorang pelanggan, hak anda untuk Bertanya Standard Operating Prosedure (SOP) sedia ada. Adakah cara pengurusan alatan bekam menepati saranan KKM. Pusat terapi bekam yang selamat akan memiliki SOP yang jelas tentang pengurusan cawan / cup bekam seperti penggunaan detergen khas (DD1), alatan sterilizer dan penggunaan jarum bekam pakai buang, penggunaan alcohol swab dan penggunaan sharp bin untuk lupuskan jarum bekam tercemar dan juga kaedah perlupusan sisa tisu tercemar oleh darah.
Kepakaran dan kebersihan peribadi seorang pembekam boleh dinilai dan dikenalpasti dengan bertanya tentang status sijil, pengikhtirafan, pengalaman, guru mereka dan praktis amalan mereka menepati pemakaian alat perlindungan diri (Personal protective equipment) yang lengkap seperti pemakaian Glove, labcoat dan Clinical Mask.
Berhati-hati dengan pembekam yang melakukan bekaman secara mobile, yang tidak memiliki pusat terapi/ rawatan. Semak semula status kesihatan anda jika mahu berbekam dengan mereka, kenal pasti gaya kerja mereka atau abaikan saja demi keselamatan diri anda. 


NAK TAHU LEBIH LANJUT, KENALAH TANYA ADMIN

 klik link di bawah ye,

--> https://wa.me/60199388438



Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

HIMPUNAN TESTIMONI SET DETOX DR MOHD ROSNI [DETOX DDR] DARIPADA STOKIS & TEAM DDR

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)