TESTIMONI STASIS DARAH DAN BEKAM
“Saya mengalami keadaan blood stagnant di kedua belah kaki saya
sudah 10 tahun. Saya menghidap gout dan selalunya apabila serangan gout bermula
saya memang akan ambil painkiller. Ini menyukarkan saya untuk bekerja. Syukur,
selepas 5 kali berbekam dan mengambil ubat homeopati secara konsisten, kaki
saya tidak merasa berat lagi. Saya sudah boleh bekerja tanpa sering merasa
sakit.”- Encik M. Faz (38), Tuaran - Bukan nama sebenar.
Manifestasi
klinikal bagi sindrom stasis darah adalah tanda lebam dan kegatalan di bawah
kulit yang dikenali sebagai petikia iaitu darah terperangkap di bawah kulit.
Keadaan BLOOD STAGNANT ini berlaku secara perlahan bergantung pada fisiologi sistem peredaran darah di tubuh manusia.
Penakungan
darah akibat gangguan peredaran darah ini melibatkan aliran darah yang tidak
normal, darah malignan dan akumulasi darah tanpa kawalan.
(12 Feb, 2018)
Penakungan
darah ini boleh terjadi disebabkan kecederaan yang mengakibatkan aliran darah
berkurangan di bahagian yang cedera. Asid laktik dan asid urik akan mula
berkumpul di bawah kulit atau antara lapisan otot.
Perlu
difahami, ada beberapa keadaan yang menunjukkan kejadian penakungan darah di
kaki dan kesan sampingan yang akan mula dialami penghidap sindrom ini adalah
kaki mula membesar dan membengkak, lebam setempat di sebelah kaki atau kedua
belah kaki.
Perawatan
menggunakan kaedah bekam diyakini boleh membantu penghidap mengoptimumkan
semula fungsi tubuh dibandingkan ketika dalam keadaan menghadapi sindrom penakungan
darah.
Bekam
darah atau Bekam Sunnah atau Wet Cupping telah dibuktikan secara amalan dan
juga secara saintifik oleh pakar-pakar dan pengamal-pengamal dalam perubatan
moden dan komplimentari dapat memberikan pelbagai MANFAAT KESIHATAN yang besar
kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya (pengecualian untuk kes kes tertentu
yang tidak boleh berbekam seperti pesakit hemofilia, tidak boleh diurut seperti
kanser dan tidak boleh mengambil ubatan homeopati tertentu untuk yang
mengandung).
Antara
manfaat kesihatan yang diketahui ialah berbekam boleh membantu tubuh badan
menyingkirkan sebahagian besar sel sel darah mati, bahan bahan xenobiotik
(toksin dan pelbagai kimia pencemar yang lain), kolestrol, lemak dan garam
berlebihan.
Ada juga pendapat yang mengesahkan bekam boleh turut menyingkirkan
unsur unsur metafizik (jin, saka, sihir) termasuklah dan bahan-bahan yang
memasuki darah secara metafizik (serbuk kaca, miang buluh dll melalui santau).
Perkara perkara metafizik ini sukar dibuktikan secara saintifik dan perakuan
dan pandangan pakar dalam bidang ini diambil kira.
Berbalik
kepada permasalahan penakungan darah di bawah lapisan kulit atau antara otot,
bekam diyakini boleh membantu mengeluarkan lebihan darah kotor yang tertinggal
dan tidak berjaya disingkirkan mengikut sistem bio-kimia tubuh secara normal.
Darah
kotor ini adalah sel darah yang tidak sihat, dan menyebabkan penghidap mudah
letih dan mengalami keterbatasan dalam bergerak mahupun melakukan pekerjaan
seharian.
Banyak
lagi manfaat berbekam.
Kes Encik Faz adalah kes terpencil dalam perawatan
bagi sindrom penakungan darah melibatkan kedua belah kaki.
(GAMBAR 12.7.2018)
MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM?
Antara keperluan utama kita berbekam adalah kembali kepada fitrah kejadian sel darah merah yang akan mati dan musnah dibuang oleh hati selepas 80 hingga 120 hari. Sifat sel darah merah yang sudah mati agak melekit dan sukar bergerak dalam salur darah kita terus ke hati.
Tidak semua akan mati dan berakhir di hati kerana kebanyakkan sel darah merah yang mulai mati ini akan memenuhi ruang-ruang urat kecil dalam salur darah kapilari terutama di bahagian organ penting tubuh dan juga di bawah kulit.
Sel darah merah yang mati ini akan melekat antara satu sama lain dan mula mengumpul sisa toksin tubuh seperti ura, urik dan lemak jahat dalam salur darah dan akhirnya berkumpul di lapisan bawah kulit.
Bagi manusia yang mempunyai kadar metabolisma tubuh yang aktif dan kadar perpeluhan aktif akibat kerja keras sistem perpeluhan, kulit boleh menbuang bahan kumuhan toksin melalui liang pori kulit.
Sel darah yang mati akan diganti dengan sel darah merah yang baru dan tinggi upaya mengangkut darah beroksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Tetapi sel darah yang mati masih termendap dan hadir dalam sistem peredaran darah menjadikan ia faktor utama kapilari darah tersumbat.
Keadaan ini menyebabkan sistem tubuh seperti sistem limfa, ginjal dan hati tidak mampu berfungsi dengan sempurna dan akhirnya menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.
Antara gejala awal ditunjukkan tentang masalah sistem peredaran darah yang tidak lancar adalah badan mula berasa lesu dan malas, kaki dan tangan berasa kebas, mudah pening kepada, cepat bosan, selalu mengantuk dan mudah pitam.
Kami
peka dengan setiap perubahan positif mahupun negatif hasil daripada pengamalan
terapi bekam secara holistik bersama dengan ubatan homeopati yang bersesuaian
dengan keperluan pelanggan yang berkunjung di pusat terapi kami.
Kesediaan
pelanggan memberi respon bagi setiap terapi yang kami jalankan sejurus selepas
menjalani terapi bekam dan apa saja jenis terapi holistik yang diamalkan
menjadikan kami semakin bersemangat untuk terus membantu setiap insan di luar
sana, dapatkan terapi holistik yang betul dengan konsultasi yang tepat.
Hanya perlu klik link di bawah untuk booking/ tempahan awal
π² wasap.my/60146462531
π² wasap.my/60199388438
Terima kasih di atas kepercayaan Tuan/Puan ke atas perkhidmatan kami.
Sampai
ketemu di lain entry.
Comments
Post a Comment