TRIVIA TENTANG LOKASI DSAKINAH


Assalamualaikum semua,
Tidak ramai yang tahu dsakinah sudah lama bertapak disabah dan mula beroperasi, sejak 2013 lagi. Maknanya, sudah hampir 5 tahun dsakinah survive dan masih berjuang memberi perkhidmatan kepada warga Sabah terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tetapi tidak putus asa mencari cara penyembuhan yang tidak memudaratkan kesihatan. 

Apa yang kami tawarkan di pusat terapi holistik ini adalah terapi yang umum sudah ketahui sejak dulu. Tetapi kami perbaiki dari segi pendekatan standard gerak kerja, diiringi sikap profesionalism dalam kalangan staf/ terapis kami. Setiap pelanggan akan mendapatkan terapi yang memuaskan selain kecekapan terapis yang sentiasa mendapat fed back yang postif daripada setiap pelanggan kami.



Malahan, setiap pelanggan yang sudah mencuba perkhidmatan terapi kami tidak gagal untuk datang lagi secara berkala dan memasuki fasa pelanggan tetap dsakinah.
Kami tidak gagal bersaing di dalam pasaran perkhidmatan bekam dan kaedah urutan tradisional, disinergikan pula dengan kaedah perawatan naturopati dengan bekalan ubat homeopati bersesuai dengan masalah kesihatan pelanggan yang datang.
Setakat ini pelbagai testimoni sudah berjaya kami dapatkan dan inshaAllah sis akan update dari semasa ke semasa testimoni terdahulu sehinggalah hari ini.
Rajin-rajin singgah blog ini, dan anda akan mendapat info terbaru, faedah setiap terapi yang kami lakukan dan pelbagai pengisian termasuk persoalan ilmiah yang kami sedia jawap di lain entry.
Baiklah untuk entry pada kali ini, sis nak kongsi kan kepada pembaca sis… di mana kedudukan dsakinah… Tidak susah nak cari kedudukan dsakinah jika kita familiar/ biasa menggunakan google map atau waze.
Tapi bagi mereka yang lemah ilmu mapping, nak pakai waze pun noob… sis sertakan gambar ringkas tentang kedudukan dsakinah di alamesra. Kalau korang perasan, kedudukan pusat terapi kami betul-betul di tepi roundabout (bulatan) utama alamesra…
Gambar di bawah adalah laluan utama jika pelawat dsakinah datang dari tuaran melalui jalan UMS.


Setiap laluan pasti akan melalui bulatan utama alamesra. 



Lokasi Alamesra berhadapan dengan UMS, dan dekat dengan One Borneo Hypermall. Jika anda ingin berkunjung ke Dsakinah HTC, masuk melalui Hong Leong Bank, terus ke belakang melintasi restoren nasi kuning tawau, Sinar Permata, Restoren Sagoo dan jalan terus lagi perlahan-lahan sehingga berjumpa TAMMA, Kedai Basikal dan Restoren Cina Xiang yao. Kami di Tingkat 1, atas Restoren Cina.
OPERATIONAL HOURS / WAKTU-WAKTU BEROPERASI
Mon - Fri / Isnin - Jumaat : 10.00 am - 9.00 pm
Sat / Sabtu : 10.00 am - 8.00 pm
Sun / Ahad : 10.00 am - 5.00 pm





Comments

Popular posts from this blog

KOMPILASI RESPON PENGGUNA SET DETOX FORMULA PROF MADYA DR MOHD ROSNI

HIMPUNAN TESTIMONI SET DETOX DR MOHD ROSNI [DETOX DDR] DARIPADA STOKIS & TEAM DDR

TESTIMONI & MASALAH AUTISM ( IKHTIAR RAWATAN AUTISM ANAK-ANAK)